calibre-debug - calibre-debug
Pelbagai antaramuka baris perintah yang berguna untuk
menyahpepijat calibre. Dengan tanpa pilihan, perintah ini bermula dengan
pentafsir Python terbenam. Anda juga boleh jalankan GUI calibre utama,
pelihat calibre dan penyunting calibre dalam mod nyahpepijat.
Ia juga mengandungi antaramuka kepada pelbagai bit calibre yang
tidak memilik baris perintah tertentu, seperti subsetting fon, alat diff
e-buku dan sebagainya.
Anda juga boleh guna calibre-debug untuk menjalankan skrip
berdiri-sendiri. Untuk melakukannya adalah seperti berikut:
calibre-debug myscript.py --
--option1 --option2 file1 file2 ...
Segalanya selepas tanda -- dilepasi ke dalam skrip.
Whenever you pass arguments to calibre-debug that have
spaces in them, enclose the arguments in quotation marks. For example:
"/some path/with spaces"
- --add-simple-plugin
- Tambah pemalam mudah (iaitu pemalam yang mengandungi fail .py sahaja),
dengan menyatakan laluan ke fail py yang mengandungi kod pemalam.
- --default-programs
- (Nyah)daftar calibre dari Program Lalai Windows. --default-programs
= (register|unregister)
- --diff
- Jalankan alat diff calibre. Contohnya: calibre-debug --diff file1
file2
- --explode-book,
-x
- Pecahkan buku ke direktori yang dinyatakan. Penggunaan: -x file.epub
output_dir Eksport buku sebagai satu koleksi fail dan data meta HTML, yang
anda boleh sunting menggunakan alat penyuntingan HTML piawai. Berfungsi
baik dengan fail EPUB, AZW3, HTMLZ dan DOCX.
- --export-all-calibre-data
- Eksport semua data calibre (buku/tetapan/pemalam). Biasanya, anda akan
ditanya untuk mengeksport dir dan juga pustaka. Anda juga boleh tentukan
ia sebagai argumen baris perintah untuk melangkau soalan. Guna laluan
mutlak untuk eksport direktori dan pustaka. Kata kunci khas
"all" boleh digunakan untuk mengeksport semua
pustaka.
- --gui, -g
- Jalankan GUI dengan penyahpepijatan dibenarkan. Output nyahpepijat dicetak
ke stdout dan stderr.
- --gui-debug
- Jalankan GUI dengan konsol nyahpepijat, mengelog ke laluan yang
dinyatakan. Untuk kegunaan dalaman sahaja, guna pilihan -g untuk jalankan
GUI dalam mod nyahpepijat
- --implode-book,
-i
- Ledakkan buku terledak sebelum ini. Penggunaan: -i output_dir file.epub
Import buku dari fail dalam output_dir yang telah dihasilkan oleh perintah
terdahulu --explode-book. Pastikan jenis fail yang sama
dinyatakan.
- --paths
- Outputkan laluan yang perlu untuk pasang persekitaran calibre
- --reinitialize-db
- Awalkan-semula pangkalan data calibre sqlite pada laluan yang dinyatakan.
Berguna untuk pulih dari kerosakan db.
- --run-plugin, -r
- Jalankan pemalam yang menyediakan antaramuka baris perintah. Contohnya
calibre-debug -r "Add Books" -- file1
--option1 Segalanya selepas -- akan dilepasi ke pemalam
sebagai argumen.
- --shutdown-running-calibre,
-s
- Menyebabkan calibre sedang dijalankan, jika ada, akan ditutup. Perhatian
jika terdapat kerja berjalan, ia akan dihenti paksa secara senyap, oleh
itu guna dengan hati-hati.
- --subset-font,
-f
- Subset fon yang dinyatakan. Guna -- selepas pilihan ini untuk
melepaskan pilihan ke program subsetting fon.
- --version
- tunjuk nombor versi program dan keluar